ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mac 2024.
1. KPDN terus pantau kurma Israel di pasaran - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus memantau produk-produk kurma dari Israel yang berada di pasaran.
2. Falsafah 'Ahmadi' jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia memandang serius ajaran sesat ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya' dan akan melakukan sebarang usaha untuk membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia.
3. Tular jual stoking tertera kalimah Allah, KK Super Mart mohon maaf
Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
4. Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi enam lelaki hukuman gantung atas sabitan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, sembilan tahun lalu.
5. Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram
Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
6. Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon terhadapnya akan didengar pada 29 Mei depan.
7. Wan Saiful dakwa 'dikacau ganggu' oleh SPRM
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau terus-menerus 'dikacau ganggu' oleh pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
8. 'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
9. All England: Kean Yew mangsa Zii Jia di pusingan kedua
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum kemenangan dalam kempen Kejohanan All England selepas menumbangkan bekas juara dunia dari Singapura Loh Kean Yew di pusingan kedua hari ini.
10. Kebocoran data: Cadangan kerajaan boleh diambil tindakan perlu kajian mendalam - Gobind
Cadangan menjadikan kerajaan sebagai entiti yang boleh diambil tindakan di mahkamah sekiranya berlaku kebocoran maklumat peribadi memerlukan kajian impak perundangan secara mendalam sebelum ia dapat dipertimbangkan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mac 2024.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Januari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Disember 2023.